Program PEKASIH ini adalah satu program baru tentang kebajikan dan amal yang akan dilaksanakan atas dasar “kasih sesama insan”. Ia adalah sebahagian daripada Program Amalan Guru Penyayang yang telah dijalankan saban tahun.
Objektifnya ;
- Untuk memupuk nilai-nilai insaniah yang murni dalam kalangan pelajar-pelajar SMK Saujana Utama iaitu tentang sifat-sifat suka membantu, empati, bertanggungjawab dan prihatin terhadap golongan yang tidak bernasib baik dalam komuniti SMKSU dan masyarakat setempat.
- Untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada permasalahan-permasalahan masyarakat yang meliputi soal-soal kebajikan, kekeluargaan, sosial dan kesihatan.
- Untuk menyemai dan menanam kecenderungan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar-pelajar, iaitu untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti amal yang tidak mengharapkan balasan dan keuntungan.
- Untuk menjadikan ia satu program yang berimpak dan boleh mengangkat nama baik SMKSU sebagai sebuah institusi yang mampu melahirkan pelajar-pelajar berwibawa dan bertanggung jawab serta peka pada permasalahan masyarakat.
Terima kasih kepada Tuan Pengetua Cemerlang, para pentadbir dan guru-guru yang telah menjayakan program ini.
NOOR HASLINA ROZALI
Penyelaras Program Amalan Guru Penyayang SMKSU 2020.
Sila klik url di bawah untuk paparan gambar yang lebih banyak.
https://www.facebook.com/groups/559102117522737/permalink/2400061976760066/
https://www.facebook.com/groups/559102117522737/permalink/2401836599915937/
Recent Comments