Objektif utama adalah untuk memilih KRU Media SMC yang berpotensi, proaktif, kreatif dan berbakat bagi mengetengahkan lagi bakat murid dalam bidang penyiaran.
Program Jelajah TVPSS ini terbahagi kepada 4 slot iaitu;
- Sesi taklimat
- Penilaian individu.
Murid yang lulus dalam penilaian ini akan kekal untuk ke peringkat seterusnya. - Penilaian kumpulan.
Setiap kumpulan yang terdiri daripada 2 host, videographer, editor dan fotographer akan diberi task yang serupa yang perlu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. - Rumusan penilaian.
Sesi temuduga dimulakan dengan taklimat oleh cikgu Norell Meza. Semua murid di bahagikan mengikut kumpulan kemahiran masing-masing. Dan mereka mula bergerak mengikut stesen.
Setiap stesen diurus oleh KRU SENIOR dengan bimbingan oleh guru-guru SMC yang hebat dan pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya stesen pengacara, videographer, editor dan fotographer.
Stesen pengacara oleh Cikgu Farahniza Mustappaa dan Cikgu Raja Ati.
Stesen fotografi oleh Cikgu Norel dan Cikgu Bella dan
Stesen Videographer & Editor oleh Cikgu Syahmi dan Cikgu Inani.
Tahniah kepada murid yang terpilih untuk menyertai team SMC.
Tahniah semua guru dan kru senior yang terlibat. 🩷💜❤️
Kredit: Cikgu Siti Mariam Che Omar
Recent Comments