Ibu bapa / Penjaga Pelajar,

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SAUJANA UTAMA KALI KE-17

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Saya dengan hormatnya menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan ke majlis di atas seperti ketetapan yang berikut :
Tarikh : 24 April 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Lokasi masing masing secara dalam talian

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

8.30 pagi
: Pendaftaran ibu bapa dan guru melalui pautan google form
: Bacaan doa
: Ucapan Penasihat PIBG, Pengetua SMK Saujana Utama
: Ucapan dan perasmian YDP PIBG SMK Saujana Utama

9.30 pagi
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17

12.30 tghr
: Bersurai

4. Sila lengkapkan borang kehadiran dan borang usul pada pautan dibawah selewat-lewatnya pada 19 April 2021 (Rabu). Semua usul akan hanya diberi perhatian dan diambil tindakan sekiranya Dato’/Datin/Tuan/Puan menyertai mesyuarat.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeSRD-_nejP-88qdl7vno2ne5kKPu99r5qf_3lm1_OKkKzU9g/viewform?usp=sf_link

5. Surat jemputan akan menyusul kemudian untuk perincian perjalanan majlis.

6. Penyertaan Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat saya alu-alukan. Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ PIBG PEMANGKIN KECEMERLANGAN SMKSU ”

Saya yang menjalankan amanah,

AHMAD FAHMI YAHYA BIN OSMAN
Yang Dipertua PIBG
SMK Saujana Utama
47000 Sg Buloh, Selangor