1. Guru tingkatan diminta untuk melantik AJK Kantin seramai 4 orang.

2. Tempahan makanan adalah secara manual.

3. Terdapat 2 borang yg perlu diisi (kedua-dua borang ini perlu diambil sebelum masuk ke kelas setiap hari) :
a) borang tempahan makanan
b) borang tempahan makanan lewat.

4. Untuk hari pertama (Rabu 15 Julai 2020), tempahan makanan dibuat pada hari itu juga dan perlu dihantar ke kantin oleh ajk kantin (pelajar) sebelum jam 2.00 petang.
Menu hari Rabu akan dikongsikan oleh guru kelas ke dalam group Whatsapp kelas pada hari Selasa.

5. Borang tempahan untuk keesokan harinya juga akan diedarkan pada hari yang sama dan perlu dihantar selepas rehat.
(diisi 2 salinan : 1 dihantar ke kantin, 1 lagi dihantar ke pejabat untuk rujukan AJK Kantin untuk mengutip bayaran).

6. Mohon guru mp yg masuk ke kelas selepas rehat utk mengingatkan AJK kantin (pelajar) menghantar borang ke kantin.

7. Borang tempahan makanan lewat perlu diisi dan dihantar ke kantin sebelum jam 2.00 petang setiap hari.

8. Bayaran tempahan makanan perlu dikutip oleh AJK kantin (pelajar) dan dihantar bersama borang tempahan makanan lewat.

9. AJK Kantin perlu mengutip bayaran tempahan makanan sebaik sahaja masuk ke kelas pada waktu pertama sebelum pdpc bermula.
Potong nama pelajar yang menempah makanan tetapi tidak hadir pada hari itu.
Mohon kerjasama guru mp waktu pertama mengingatkan pelajar.