Salam & selamat sejahtera.
Sedikit update daripada pasukan Inovasi Elit SUTAMA:
Pada 7 April 2021(Rabu), kami telah melaksanakan Program Jalinan Kerjasama Bersama Dengan KLOTH MALAYSIA SDN. BHD. & DRB-HICOM Berhad bagi Program SUTAMA Melestarikan Alam Sekitar Melalui Kitar Semula -PROJEK ‘THE PINK SHIRT’ (SUTAMA Toyota Eco Youth Reimagining Mobility TEAM).
Untuk makluman, DRB-HICOM Berhad telah menempatkan dua (2) buah tong untuk fabrik yang ingin dilupuskan di kawasan parkir kereta berhadapan SUTAMA. Fabrik tersebut kemudiannya akan digunakan pula oleh pihak KLOTH MALAYSIA SDN. BHD. untuk proses kitar semula.
Semoga kolaborasi ini akan memberikan impak yang tinggi dalam memberikan kesedaran terhadap kepentingan kitar semula di kalangan warga SUTAMA khasnya dan semua komuniti setempat amnya.
Terima kasih atas kerjasama semua😊
Recent Comments