PERHATIAN PENDUDUK BUMI π’π£π’
_Tahukah anda? Sehelai kemeja-T mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk terurai. Bayangkan berapa banyak pakaian yang sudah kita buang ke tapak pelupusan sampah?_ πππ
Oleh itu, demi memelihara kelestarian alam sekitar, SMK Saujana Utama mengambil tanggungjawab untuk memastikan sisa fabrik ini perlu diurus dengan kaedah yang betul supaya bumi kita dapat diselamatkan π³π
SMK Saujana Utama (SUTAMA) telah menjalin kerjasama dengan KLOTH MALAYSIA SDN. BHD. & DRB-HICOM BERHAD bagi Program SUTAMA Melestarikan Alam Sekitar Melalui Kitar Semula.
Bagi menjayakan program ini, pihak DRB-HICOM telah menyumbangkan dua (2) buah tong untuk menempatkan fabrik yang ingin dilupuskan (di kawasan parkir kereta berhadapan pintu pagar SMK Saujana Utama (SUTAMA).
Fabrik-fabrik ini akan dikitar semula.
Ayuh menjadi sebahagian “Frontliners” untuk selamatkan bumi kita.
Jom kemas almari! Kami menerima semua jenis fabrik terpakai seperti:
πpakaian
πkasut
πbeg tangan
πtali pinggang
πanak patung
πkain cadar
πtuala
Asingkan pakaian yang tak lagi diingini dan sumbangkan kepada kami untuk dikitar semula πͺπ»π
#SelamatkanBumiKiTa
#SutamaLestarikanAlamSekitar
#KlothCares
Kelab Pencinta Alam SUTAMA
Recent Comments