Ibu bapa / Penjaga Pelajar,
Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JEMPUTAN DAN PENCALONAN AWAL MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SAUJANA UTAMA KALI KE-17
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.
2. Saya dengan hormatnya menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan ke majlis di atas seperti ketetapan yang berikut :
Tarikh : 24 April 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Lokasi masing masing secara dalam talian
Pautan MAT secara google meet;
https://meet.google.com/voy-kkuz-bzs
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa dan guru melalui pautan google form
: Bacaan doa
: Ucapan Penasihat PIBG, Pengetua SMK Saujana Utama
: Ucapan dan perasmian YDP PIBG SMK Saujana Utama
9.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17
12.30 tghr : Bersurai
4. Tuan/puan juga boleh membuat pencalonan awal untuk memilih AJK PIBG dengan melengkapkan borang pencalonan pada pautan di bawah;
https://forms.gle/a3Y9xJSBfSBz2fk28
5. Pautan akan mula dibuka pada 19 April 2020 (Isnin) dan ditutup pada 21 April 2021(Rabu).
6. Pencalonan akan terbatal sekiranya;
i. Calon tidak mempunyai anak yang bersekolah di SMK Saujana Utama
ii. Calon diisytiharkan muflis
iii. Calon tidak bersetuju dengan pencalonan beliau (calon akan dihubungi oleh AJK Pengundian untuk pengesahan)
iv. Pencadang, penyokong dan calon yang tidak menyertai mesyuarat ini.
v. Syarat –syarat lain yang tidak mematuhi Perlembangaan PIBG.
7. Penyertaan Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat saya alu-alukan. Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“ PIBG PEMANGKIN KECEMERLANGAN SMKSU ”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………………
(EN AHMAD FAHMI YAHYA BIN OSMAN)
Yang Dipertua PIBG
SMK Saujana Utama
47000 Sg Buloh, Selangor
Recent Comments