إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Telah berpulang ke negeri abadi, seorang sahabat, seorang kakak, seorang guru yang sangat disayangi dan disenangi rakan² dan anak² muridnya.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan doa untuk Allahyarhamah Lizana binti Zainal Abidin yang telah meninggalkan kita pada pagi tadi.
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Berikan kekuatan kepada suami dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Berpekerti mulia, sentiasa tersenyum, ikhlas membantu dan mempermudahkan urusan orang lain, lemah lembut dalam pertuturan, menghormati orang tidak kira usia, semoga syurgalah tempatmu, sahabat.
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞…al-fatihah
Amin…🤲
Salam takziah dari kami yang ditinggalkan.
Warga SUTAMA.
Recent Comments