Berikutan keputusan penutupan semua institusi pendidikan sehingga akhir tahun dan perlaksanaan PdPR sebagai ganti Kelas Fizikal, maka seperti biasa, guru-guru akan membekalkan bahan dan instrumen pembelajaran untuk pelajar-pelajat, selain dari tugasan melalui Kelas-kelas Online dan medium PdPR yang lain.

Untuk memudahkan urusan pengambilan bahan PdPR mengikut SOP, bahan-bahan yang sebelum ini diletakkan di Pondok Kawalan Sekolah telah direlokasikan ke kawasan lobi/hadapan pejabat sekolah.

Mohon ibu bapa/penjaga/pelajar peka kepada info dalam group kelas masing-masing jika ada bahan PdPR yang perlu diambil di sekolah.

Jika perlu hadir ke sekolah, pastikan patuhi SOP, ambil bahan dan terus pulang segera ke rumah.

Semoga segala usaha warga SUTAMA dalam meneruskan pencarian ilmu dipelihara Allah swt.

#kitajagakita
#SUTAMAjagaSUTAMA