MAKLUMAN KHUSUS UNTUK IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 6 2020
DI SEKOLAH SK SAUJANA UTAMA, SK PRISTANA DAN SK DESA AMAN
BERKAITAN
P E N D A F T A R A N P E L A J A R T I N G 1
2 0 2 1
💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠
Kepada;
Ibu bapa/Penjaga,
Murid Tahun 6,
SK Saujana Utama/SK Seri Pristana/SK Desa Aman
Tuan/Puan
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2021
Perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini ibu bapa tidak perlu lagi membuat pengesahan penempatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama bagi kemasukan ke Tingkatan Satu tahun 2021 secara FIZIKAL. Ini selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu diikuti bagi mengekang penularan wabak Covid -19.
3. Oleh itu, pihak sekolah telah menyediakan beberapa pautan yang boleh diikuti oleh ibu bapa untuk mendapatkan maklumat mengenai pendaftaran pelajar Tingkatan 1.
4.
i. Telegram Channel Tingkatan 1 2021 (Saluran untuk mendapatkan maklumat mengenai pendaftaran dan kelas pelajar – pelajar)
https://t.me/joinchat/AAAAAFE3otl5eyX1Jof16w
ii. Telegram Chat untuk sebarang pertanyaan dan makluman mengenai pendaftaran pelajar.
https://t.me/joinchat/ADbzmBYmR8AbGtoJrtijTQ
iii. Telesutama Channel
https://t.me/SMKSAUJANAUTAMAinforasmi
iv. Laman Facebook Rasmi SUTAMA
https://www.facebook.com/groups/559102117522737
v. Laman Web Rasmi SUTAMA
http://sutama.edu.my
5. Ibu bapa diminta menyertai pautan di atas bagi mengelakkan keciciran maklumat terkini.
6. Maklumat tambahan/terkini akan dimaklumkan di dalam semua media tersebut dan ibu bapa diminta supaya sentiasa peka dengan maklumat yang akan disampaikan dari masa ke semasa.
7. Perhatian dan kerjasama daripada ibu bapa/penjaga untuk memastikan proses Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2021 berjalan lancar mengikut norma baharu amat kami hargai.
Sekian, terima kasih
Pengetua
SMK Saujana Utama
Recent Comments