Salam, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan rendah hati ingin membuka semula sumbangan BAKUL REZEKI Program PEKASIH. Ini adalah kerana kami telah didatangi beberapa orang murid yang bertanyakan tentang bantuan barang makanan untuk keluarga mereka yang terhimpit dengan kesukaran selepas PKP ini. Justeru guru-guru boleh sumbangkan apa-apa barangan makanan seperti beras, gula, tepung, minyak dan lain-lain ke dalam BAKUL REZEKI yang disediakan di hadapan Bilik Kaunseling. Sumbangan wang tunai juga kami terima untuk Program PEKASIH dan juga FREE MEAL (Dana dah hampir kehabisan). Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama rakan guru dalam menjayakan program ini. Moga sumbangan kita ini mampu memberi senyuman buat anak didik kita yang dalam kesusahan. *Alhamdulillah..hari ini menerima Sumbangan PEKASIH daripada Kejiranan SEMIDARA. *Sumbangan boleh diberi kepada Penyelaras @ mana-mana kaunselor SMK SU. Penyelaras Program PEKASIH, Ina Rozali Kaunselor SUTAMA.