1. Sekolah hanya buka untuk kelas2 peperiksaan awam SPM, SPMV, STAM, STPM & exam antarabangsa seperti IGCSE dan lain2

2. Semua sekolah perlu ikut SOP yang telah digariskan

3. Murid yang tak sihat dan bergejala jangan dihantar ke sekolah

4. Suhu murid akan diperiksa oleh guru bertugas di pintu pagar. Suhu lebih 37.5 atau bergejala, tak benar masuk. Murid ikut laluan yg telah digariskan oleh pihak sekolah.

5. Meja2 akan dijarak 1 meter. Kapasiti satu kelas tak lebih 20 orang. Di dewan, kapasiti mungkin lebih banyak.

6. Waktu rehat ikut giliran. Makanan akan dibungkus. Murid makan dlm kelas dan diawasi guru. Ibu bapa digalakkan bekalkan makanan pada anak.

7. Aktiviti sukan dan kokurikulum tak boleh dilaksanakan. Perhimpunan juga tak boleh sehingga satu tarikh akan diberitahu kelak.

8. Di asrama, katil2 akan disusun ikut penjarakan sosial. Giliran makan di dewan makan ikut penjadualan.

9. Untuk makluman semua, tarikh pembukaan sekolah untuk SPM, SPMV, STAM, STPM dan exam antarabangsa adalah *Rabu, 24 Jun 2020*.

10. Untuk tahun dan tingkatan lain, pembelajaran dirumah diteruskan. Tarikh pembukaan untuk aliran tahun dan tingkatan lain ini akan diberitahu kemudian mengikut nasihat KKM.

✅ follow https://t.me/sistemguruonline

TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

“Setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020”

Dr. Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan