Selaras dengan arahan KPM supaya pihak sekolah mematuhi SOP sebelum pembukaan semula sesi persekolahan pada 24 Jun 2020, SMK Saujana Utama telah menggerakkan jentera Task Force Covid-19 SUTAMA dengan Fasa Pertama iaitu memberikan input tentang tatacara Kesedaran Kesihatan Pekerjaan dan Pencegahan Covid-19 di sekolah seperti butiran berikut:

Tarikh: 10 Jun 2020

Sasaran: Team Task Force Covid-19 SUTAMA

Personel:
Encik Bakhtiar bin Dollah
☑️Pegawai Keselamatan dan Kesihatan , Shinko Electronic Sdn Bhd.
☑️(Berdaftar di bawah Malaysian Society for Occupational Safety and Health : MSOSH)
☑️Pemegang Slip Perakuan Berdaftar sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di bawah peruntukan Peraturan 6-(1) , Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1997 yang ditauliahkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 1994.

#KitaJagaKita
#GuruKiniFrontliners