Mohon rujuk🌸

Berikut dipanjangkan amanat dari Tuan Pengetua Cemerlang SMKSU:
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
FNQ PEMBELAJARAN KENDIRI SMK SAUJANA UTAMA SEMASA PKP DAN AMANAT PENGETUA

1. Kenapa mula jam 9.00 am?

🟡Kita perlu ajar murid bangun awal. Nanti menjadi tabiat hendak pergi sekolah susah dan lambat selepas PKP.

2. Murid perlu pakai baju apa?

🟡Yang penting murid pakai baju yang sesuai dan menutup aurat.

3. Kenapa ada beza masa 30 minit?

🟡Memberi ruang pada guru dan murid tempoh bertenang utk makan minum serta hajat kecil dan hajat besar.

4. Kenapa ada beza masa 2 jam tengahari?

🟡Memberi ruang guru masak dan layan keluarga, murid makan dgn keluarga serta solat berjemaah bersama2 keluarga.

5. Kenapa kelas sampai petang? Bukankah itu masa rehat murid dan guru?

🟡Kelas sudah mula lewat dalam jam 9.00 pagi. Masa kelas guru bukan sepanjang hari hanya 3 subjek sahaja sehari. Kelas guru bukan setiap hari.

6. Jika guru bercadang hendak tukar masa?

🟡Maklum pada GKMP dan KP juga kepada murid. Jadual masih fleksible. Masa itu hanya panduan sahaja.

7. Bolehkah guru ingin mengadakan kelas lebih dari yang ditetapkan dalam jadual.?

🟡Sila tetapkan dgn murid kesesuaiannya. Juga maklumkan pd GKMP dan KP sbg rekod. Usaha guru untuk melebihi jadual amat dihargai.

8. Adakah guru perlu isi maklumbalas epdpc setiap habis kelas, extra kelas dan juga tugasan?

🟡Ya betul wajib diisi?

9. Dalam maklumbalas ada ditulis bilangan murid bagaimana perlu jika mll tele atau wsp?

🟡Jika GC atau Zoom atau Meet ada bilangan murid bersama- sama kita itu dikira sbg kehadiran murid masa itu. Jika telegram dan whatsap boleh isi atau tidak isi bergantung pada respon murid. Jika sesi perbincangan jawapan bilangan murid yg online boleh diambil sebagai kehadiran.

10. Bagaimana pihak pengurusan mengetahui status tugasan guru?

🟡Disemak melalui maklubalas epdpc, eRph juga maklumbalas dari ketua dan penolong kelas.

11. Apa tujuan kehadiran murid diambil?

🟡Membantu pihak pengurusan sekolah mengenalpasti peratus murid yg terlibat dlm epdpc sepjg tempoh PKP. Semua kerja buat guru dan murid pihak sekolah perlu rekodkan dan ada keperluan untuk dihantar laporan kepada ppdks dan JPN.

12. Bagaimanakah untuk memastikan kehadiran dan komitmen murid-murid bagi tiap kali guru mengadakan ePDPC sama ada melalui GC, Zoom, Meet, Tele atau wsp?

🟡Dalam cuti PKP ini peranan ibu bapa sangat penting untuk memantau, menyuruh, mengawal dan memastikan serta memotivasikan anak-anak mengikuti semua kelas yang diadakan serta anak-anak melaksanakan latihan serta tugasan yang diberikan.
🟡Perkara ini adalah bertepatan dengan SPI KPM bil 3/2020 iaitu Peranan Pentadbir, Guru, Ibu Bapa dan Murid sepanjang tempoh PKP ini.

13. Apakah murid-murid akan ketinggalan dalam matapelajaran sekiranya mengabaikan serta tidak ambil peduli tentang epdpc masa PKP ini?

🟡Ya betul, murid akan ketinggalan untuk memahami serta mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran kerana guru-guru menyediakan bahan-bahan yang menarik, interaktif, video, video grafik serta bersemuka dengan murid melalui Zoom, Meet dan tugasan melalui Geogle Classroom.
🟡Kegagalan untuk ikut serta akan memudaratkan murid-murid apabila buka sekolah nanti kerana akan ketinggalan dalam latihan , latih tubi dan yang diberikan dan mengalami kesukaran menjawab menjawab soalan Peperiksaan dan SPM serta akhirnya mengundang kegagalan.
🟡Jangan disebabkan oleh kelalaian dan keseronokan serta melayan sifat malas dan tidur yang berlebihan juga berjaga sehingga lewat malam tanpa tujuan akhirnya khusus kepada murid-murid tingkatan 5 SPM berakhir dengan KEGAGALAN.

🔴Satu kerugian yang besar!

🟡Biar kita berpenat dan bersusah sekarang kerana disebalik kepenatan itu kejayaan SPM menanti anak-anak SUTAMA.
Juga tidak terkecuali pada semua pelajar yang lain juga.

14. Bagaimana cara untuk belajar semasa PKP ini?

🟡Sebagai murid tugasnya adalah belajar, ikuti arahan guru, pastikan keberadaan dalam semua group mata pelajaran dan GC.
🟡Susun jadual harian mengikut subjek dan buat latihan yang diberikan.
🟡Sila hubungi guru-guru anda sekiranya ada kesukaran untuk menjawab latihan dan sebagainya.
🟡Guru-guru SUTAMA sentiasa bersedia membantu. Namun pastikan mengikut masa yang sesuai!

Sekian.

Puan Hajah Noor Hayati binti Embong

Pengetua Cemerlang
SMKSU

#KitaJagaKita
#StayAtHome
#PdPcTetapBerlangsung
#SUTAMAtheCHAMPION