Puncak Alam, 04 Februari 2020 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Permuafakatan bersama PPD Gombak. Kuala Selangor dan Petaling Perdana serta pengetua pengetua Sekolah Menengah di bawah pentadbirannya. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Puncak Alam dimana seramai 32 orang yang hadir ke mesyuarat tersebut.
Mesyuarat dipengerusikan oleh ASP Noorulazanni Bin Muhammad Nor , Ketua Bahagian Pentadbiran Daerah dan dibantu oleh Hj Sulaiman Bukhari Bin Amir, Wakil PPD Daerah Gombak .
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan Masalah displin pelajar, Isu penggunaan Vep di kalangan pelajar sekolah di bawah pentadbiran IPD Sungai Buloh. Mesyuarat ini juga bertujuan menjalin kan lagi hubungan yang lebih erat antara PDRM, guru dan pelajar.
#IPDSungaiBuloh
#IPDSGB
#SEPAKATMEMBAWABERKAT
Recent Comments