Pelajar datang lewat ke sekolah adalah satu isu yang masih berlaku di SMKSU, namun peratus kelewatannya semakin rendah berbanding suatu ketika dahulu.
Kebanyakan pelajar yang dahulunya lewat kini sudah ada kesedaran tentang pentingnya hadir awal ke sekolah supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.
Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling, dengan sokongan Tuan Pengetua Cemerlang, sentiasa mencuba pelbagai pendekatan untuk membendung isu ‘Datang Lewat ke Sekolah’ ini.
Pendekatan rohaniah seperti Solat Sunat Taubat, Solat Dhuha berjemaah, Bacaan Yaasin , Tazkirah dan Motivasi sentiasa diberikan untuk menyedarkan pelajar tentang Adab Menghormati Waktu.
Pendekatan ala Corporate Social Responsibiliti (CSR) seperti di bawah juga adalah antara usaha terakhir untuk pelajar Tegar Lewat agar dapat menimbulkan rasa tanggungjawab serta keupayaan mereka dalam memberikan komitmen untuk mempertingkatkan usaha dan keupayaan diri untuk mengatasi tabiat datang lewat demi meningkatkan imej diri dan warga SUTAMA khasnya.
Setiap pendekatan yang diberi, dipantau rapi oleh seorang ibu- Tuan Pengetua dan seorang bapa- Ketua Unit Disiplin.
Semoga anak-anak SUTAMA cemerlang sahsiah , peribadi dan akademiknya.
Wahai ibu bapa dan penjaga, bantu kami , membantu anak anda HADIR AWAL KE SEKOLAH.
SUTAMA= 1 Keluarga
#KepimpinanMelaluiTeladan
#SifarLewatKeSekolah
#SUMURSMKSU
Recent Comments