Memandangkan jumlah pelajar semakin ramai dan keluasan surau sedia ada tidak mampu menampung kapasiti pelajar sewaktu solat berjemaah, maka kawasan Ruai (bersebelahan Koperasi sekolah) akan digunakan sebagai Ruang Solat tambahan.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Hamba Allah yang telah memberikan sumbangan karpet sejadah untuk kegunaan solat berjemaah pelajar-pelajar Islam SUTAMA.
Semoga Allah memberikan kemurahan rezeki yang berlipat ganda kepada insan yang sudi berkongsi rezeki untuk anak- anak yang menuntut ilmu di jalan Allah ini.