PELAJAR
GURU
KAKI TANGAN
KELAS
Profil Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
SMK Saujana Utama telah dibuka pada 22 Mei 2003. SMK Saujana Utama diberi nama sempena lokasinya yang terletak di kawasan perumahan Saujana Utama.
SMKSU mula beroperasi pada Jun 2003 (1 sesi persekolahan) dengan bilangan pelajar 65 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Ketika itu hanya terdapat 2 buah kelas iaitu; satu kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan 2. Namun dengan pertambahan bilangan penduduk di kawasan perumahan Saujana Utama ini, bilangan pelajar di SMK Saujana Utama juga telah meningkat secara mendadak pada 7 buah kelas pada tahun 2004 dan tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2015 bilangan kelas dijangka mencecah 80 buah kelas.
SMK Saujana Utama mempunyai keluasan 12 ekar (486 hektar). Terdapat 7 bangunan termasuk blok-blok kelas, 1 blok pentadbiran dan 1 blok yang menempatkan makmal ICT (aras 3) dan makmal sains (aras bawah, 1 dan 2). Selain daripada itu, SMKSU juga dilengkapi dengan pelbagai prasarana sebagai kemudahan untuk pelaksanaan segala aktiviti dan program pendidikan yang dijalankan oleh warga sekolah termasuk dewan dan surau. Terdapat pondok keselamatan yang menempatkan 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas bagi memantau keselamatan pelajar dan persekitaran bangunan sekolah.
SMK Saujana Utama telah memulakan sesi petang pada tahun 2009. Pn Kamariah Bt Mohd telah dilantik menjadi Penolong Kanan Petang yang pertama dengan bilangan guru seramai 12 orang. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Petang sehingga tahun 2011. Pn Hajah Salina Bt Muhamad Said telah dilantik sebagai Penolong Kanan Petang menggantikan Pn Kamariah Bt Mohd yang telah bersara pada tahun 2012.
Pengetua pertama SMK Saujana Utama ialah Pn Che Kamaliah Bt Endud yang telah berkhidmat mulai 2003 – Disember 2006, diikuti oleh Tn Hj Najib B Ayub mulai Januari 2007 – Februari 2008, seterusnya Pn Salmah Bt Mohd Yassin pada Mac 2008 – Ogos 2010 dan diteruskan pula oleh En Hassan Abrar B Hj Halidi mulai Disember 2010 hingga April 2014. Mulai 9 Julai 2014 hingga Mei 2015, pengetua SMK Saujana Utama ialah En Shashim Shah B Harun. Manakala En Rasul Maideen Bin Haja Maideen memulakan perkhidmatannya pada Jun 2015 hingga Mei 2018. Seterusnya Pn Hjh Noor Hayati bt Embong dilantik menggantikan pengetua sebelum ini bermula
Pada tahun 2020, mengikut jumlah unjuran pelajar, bilangan pelajar SMK Saujana Utama dijangka seramai 3,400 orang dan bilangan guru ialah 204 orang. Dijangka bilangan kelas pada sesi petang adalah sebanyak 45 buah kelas, sesi pagi terdiri daripada 51 buah kelas dan 6 buah kelas Pendidikan Khas.
Semoga SMK Saujana Utama akan terus maju dan cemerlang dalam usaha melaksanakan misi dan visi sekolah ke arah melahirkan warga SMKSU yang BERDISIPLIN, BERPRESTIJ dan BESTARI. Insyallah.

Pn Hjh Noor Hayati Bt Embong
Pengetua Cemerlang


Pn Siti Hawa bt Ahmad @Othman
GPK Akademik

Pn Noraini bt Yaacop
GPK HEM

Pn Nor Faiza bt Md Shukri
GPK Kokurikulum

Pn Azidah bt Abdullah
GPK Pendidikan Khas

Pn Nor Bayah bt Kadir
GPK PeTANG

Pn Sholiha bt Yacob
GKMP BAHASA

Pn Hazlina bt Hawari
gkmp SAINS & matematik

Pn Nurhafizah bt Jaafar
gkmp teknik & vokasional

Pn Emila Najwa bt Miskon
gkmp KEMANUSIAAN
PERTANDINGAN BERCERITA KARYA AGUNG 2025
Bingkisan daripada PBAKL Keputusan Pertandingan Bercerita Karya Agung 2025 Johan RM1000Nurnayli Yasmin Keempat RM400Nordin bin Hazmi Kelima RM300Sarah Nafeesa Saguhati RM150+Like terbanyak RM500Nurul Fatini Syukur alhamdulillah..Syabas dan tahniah anak2Sasterian 5...
KARNIVAL STEM DAERAH KUALA SELANGOR
Tahniah buat team Drone Sutama di bawah bimbingan Cikgu Fikri bersama sokongan hebat dari Cikgu Thila. Tahniah juga kepada Team Building Bridge - Penyertaan Team Robot Battle - Tempat ke 3 dan 4 daerah Team Innovator of Tomorrow - Tempat ke 4 daerah. 👏👏👏👏👏👏 Tahniah...
KEJOHANAN CATUR MSSM 2025
Sekalung tahniah diucapkan kepada duo adik beradik yang sangat hebat 📍UZAIR BIN SHAHAR 5D📍NUR AIN BINTI SHAHAR 2B yang telah mengharumkan nama SUTAMA dan Negeri Selangor dengan kejayaan 🏆Uzair Johan Kebangsaan U18🏆Nurain tempat ke 3 KebangsaanU15 dalam Kejohanan Catur...
KEM KRS NEGERI SELANGOR
PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI ✨️JOHAN GAJET ( layak mewakili negeri Selangor ke Kem Kebangsaan) Nor Syazliyana Farisha Binti Mohamad Faiz ( 3 Intelek) Nur Damia Husna Binti Md Nidzam Nur Iffah Binti Mohd Abd Fared (3 cemerlang) Auni Marissa binti Sulaiman (3Nurani)...
AIA HEALTHIEST SCHOOLS COMPETITION
A huge congratulations to SJKC Hwa Lien and SMK Saujana Utama on winning the AIA Healthiest Schools Competition for primary and secondary respectively!🎉 With over 60 entries from schools across Malaysia, they have shown innovative and impactful ideas, all striving to...
KEJOHANAN MERENTAS DESA PPKi PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Alhamdullilah. Syabas & tahniah. Pasukan Merentas Desa PPKI SMK Saujana Utama telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2025 mewakili daerah Kuala Selangor pada 20 Mei 2025 dan telah...
SPM
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Takwim Sekolah 2025

Muat Turun Takwim Sekolah 2025
Kami menyediakan Takwim Sekolah dan Manual Pengurusan & Pentadbiran terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun

Warna Merah
Melambangkan keberanian, ketabahan, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di hati setiap warga SMKSU dalam mencapai sesuatu matlamat
BUNGA PADI
Melambangkan kemakmuran dan keharmonian dalam semua peringkat pengurusan SMKSU
WARNA KUNING
Melambangkan warga SMKSU sentiasa berpegang teguh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah
BULATAN AKADEMIK
Melambangkan kesatuan dalam mencapai kecemerlangan akademik bagi melahirkan insan yang berdisiplin, berprestij dan bestari demi Malaysia yang gemilang

MOTTO SEKOLAH
Berdisiplin, Berprestij, Bestari
WARNA BIRU TUA
Melambangkan keharmonian dan ikatan perpaduan di kalangan warga SMKSU walaupun berbilang kaum
WARNA PUTIH
Melambangkan amalan nilai-nilai murni oleh warga SMKSU dalam setiap kegiatan
WARNA HIJAU
Melambangkan persekitaran sekolah yang masih lagi dikelilingi oleh suasana alam semulajadi
Lagu Sekolah
SMK SAUJANA UTAMA
INDAH CERIA MEMPESONA
WARGA BERKARISMA DAN BERWIBAWA
MELENGKAPI VISI HARAPAN NEGARA
BERDISIPLIN AMALAN SEMUA
BESTARI DALAM TINDAKAN
BERPRESTIJ SENTIASA BERIMAN SEMPURNA
SEKOLAH NAN BERWAWASAN
KECEMERLANGAN DALAM PELAJARAN
KOKURIKULUM JADI LANDASAN
SEIMBANG JASMANI ROHANI DIISI
BENTUK INSAN SYUMUL DAN TERPUJI
SMK SAUJANA UTAMA CEMERLANG
JASAMU PASTI SENTIASA DIKENANG
NILAIMU TAK TERBANDING
DOA KAMI MENGIRING
GEMILANGLAH SEKOLAHKU SELAMANYA
Lagu Oleh : En Rosli Ahmad
Lirik Oleh : En Rosli Ahmad
Pn Che Kamaliah Bt Endud
(Mantan Pengetua SMK Saujana Utama 2003-2006)
Video Korporat Sekolah
Kami di SMK Saujana Utama sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
VISI KAMI
Melahirkan Warga SMKSU Yang Berprestij
OBJEKTIF KAMI
- Menguruskan segala sumber dengan cekap dan optimum
- Membudayakan disiplin diri yang unggul dalam setiap tindakan
- Memantapkan amalan kerohanian dalam kehidupan
- Membina dan mempertingkatkan kemahiran jasmani dan intelek
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI KAMI
Memaksimumkan Segala Potensi Sumber Melalui Pengurusan Program Pendidikan Secara Terancang Dan Berterusan
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Saujana Utama Sungai Buloh, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Meningkatkan prestasi kurikulum, sahsiah dan kokurikulum pelajar ke tahap membanggakan
- Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
- Memastikan segala keperluan asas prasarana pendidikan yang disediakan sempurna dan berfungsi
- Mewujudkan satu iklim sekolah yang kondusif untuk perjalanan proses pengajaran ke arah intergrasi
- Sentiasa mengamalkan konsep sekolah penyayang, bersih dan ceria untuk mewujudkan insan imaginatif, kreatif, inovatif, berinsiatif dan produktif
- Memberikan perkhidmatan terbaik dalam hal kebajikan murid, guru dan kakitangan sokongan
- Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik
SMK Saujana Utama lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif
Petunjuk Prestasi Utama
SMK SAUJANA UTAMA
Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tahun menurun 0.1 (%) daripada 1.1% kepada 1.0%
Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tahun 93%
Tiada Kes Disiplin Peringkat Berat dan Peringkat Sederhana dan Peringkat Ringan hanya 1.0%
Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 3% kepada 2.3%
Pencapaian murid melepasi gred D iaitu mencapai tahap minimum
Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 3 kepada Band 2
SMK Saujana Utama

Sekolah Menengah Saujana Utama
Persiaran Saujana 3, 47000, Sungai Buloh, Selangor